Wednesday, May 13, 2009

apa nak jadi dengan perak...

Teman dalam 2-3 bulan ni hangin satu badan bila teman tengok berita dalam tv,paling teman menyampah bila teman tengok muka mamak belukang dari pangkor tu,"tak nyedorkan diri".dulu perak ni punya le aman tapi sekarang ni bila ke ipoh dah rasa macam ada kat bangkok,polis sana sini,FRU sana sini,SB merata-rata.Tapi yang paling teman tak paham Pemuda UMNO dah jadi serupa polis,DUN bersidang deme pulak jadi bentara.teman hampa dengan sedara-sedara semelayu dengan teman,deme dah pedulikan rakyat,undang-undang dan perlembagaan.Yang paling teman heran,kenapa deme boleh jadi macam tu??

Pikior punya pikior,akhirnya teman terpikir 1 sebab kenapa deme jadi macam tu.


1. Teman adalah anak jati perak,udah 30 tahun lebih teman tak keluar-keluar perak.kalau dalam ipoh ni,mana yang kereta-kereta besor orang melayu punya tu,kalau tak penjawat awam punya mesti orang-orang UMNO punya,antara dua tu je.Bila kita kaji gaji penjawat awam yang pakai kereta besor,rasanya tak mampu deme beli kereta tu.Bila kita tengok pulak deme tu kerja kat jabatan mana,mesti kerja dekat pejabat kerajaan negeri.Dalam tu ada le yang Pengarah pejabat tanah,pejabat SUK,jabatan Hutan dan macam-macam lagi le.Negeri perak ni semenjak merdeka tak pernah bertukor kerajaan,muka ADUN UMNO sama je,kut-kut ada yang mati baru tukor muka baru.Jadi di perak ni,penjawat awam dengan ADUN-ADUN ni boleh dikatakan "kamcing" gila le,ada yang sesama sedara kampung pun ada.Bila dah lama merdeka,member kamcing jadi member kamsen(komisen) pulak.Dari mulanya,ada le 2-3 orang yang macam ni tapi sekarang udah 50 tahun merdeka membawa ke anak cucu le jadinya.Segala hasil bumi kat dalam perak ni,dengan lombongnya,kuari,balak,tanah ladang semua lebuh ke deme.Ate mana idaknya,kunci bilik fail sulit setiap sorang ada dulplicate(ibarat macam tu le),pengarah PTG orang deme,Pengarah pejabat Hutan,orang deme pengarah SUK orang deme.Jadi,bila tukor pengurusan kerajaan kepada Pakatan rakyat,mengelupor deme-deme ni.Takut punca duit hilang,takut kena heret ke SPRM,takut kena saman kat mahkamah dan macam-macam takut lagi le.Itu le sebab kenapa Setiausaha Negeri Perak beria-ria berat sebelah,dia pulak jadi hakim sape MB,sape idak.Kesimpulannya,dengan kuasa Pusat yang deme ada,kut mane pun deme mesti pegang kuasa kat Perak ni,by hook or by crook kata omputih.Lantak le dengan rakyat Perak ni,yang penting pada deme ialah kuasa.Kalau kome datang le ke Ipoh ni,sedih nengoknya.Satu bandar yang dulunya antara bandar yang terkaya di dunia,dengan hasil buminya udah jadi "ghost town",macam pekan tinggal.Landskap tak ada,jalan udah dekat 20 tahun tak berjaga,tak ada temapat berniaga,kalau kawan-kawan teman datang ke Ipoh teman tak tau nak bawak makan kat mana,punya le tak ada tempat orang Ipoh nak berniaga.mana tak jadi macam tu,udah 'deme' buat harta macam kiamat tak wujud,tak tinggal sikit pun untuk rakyat Perak ni.Licin harta dalam Perak ni deme sapu kome!

Kalau ada le kut-kut kome yang baca blog teman kenal-kenal dengan orang istana,nasihat-nasihatkan deme tu.Apa yang teman nampak dan semua orang pun setuju,ialah untuk membubarkan DUN dan mengembalikan hak tu pada rakyat