Monday, April 20, 2015

salam semua,

teman ini saja suka-suka tulis blog nak luahkan pendapat berkenaan apa tengah jadi dengan negara kita sekarang ini. Pertama, teman ni anak jati perak dibesarkan di dalam keluarga 'middle class' atau golongan pekerja. Ibu bapa teman bekerja sebagai kakitangan awam dan sedang menikmati hari-hari pencen mereka. Zaman teman kecik-kecik dulu, zaman pemerintahan Tun Mahathir, mak bapak teman yang berpendapatan sederhana mampu membesarkan kami dengan selesa. Kos hidup rendah, rumah mampu milik, sistem pentadbiran bagus, jenayah kurang, banyak peluang pekerjaan dan pendidikan. Tetapi banyak yang dah tiada semua-semua itu.

Apa dah jadi?melihat perkembangan politik dan pentdabiran negara akhir-akhir ini, sangkut paut dengan apa yang kita dah hilang, yang nampak dengan yang tak nampak. Yang nampak hilangnya duit kita. kisah 1MDB, GST, PR1MA entah apa-apa lagi lah. kalau lah benda ni jadi di korea utara contohnya,bukan sahaja yang bertanggungjawab kena hukum bunuh,dengan keluarga dan kenalannya sekali dihukum bunuh, Tapi, di Malaysia, dah hilang pun yang bertanggungjawab buakn sahaja tak dihukum,berkuasa pulak tu, Pelik, daripada awal hari pentadbiran najib lagi, the very first week PM umumkan 'deregulation of malaysia banking'.Najib kaburi dengan terma yang agak manis iaitu 'transformasi'. ketika itu 2009, tahun sebelumnya wall street melingkup akibat dasar deregulation ini. The very first week najib dah mulakan catur 1MDB nya, untuk memudahkan segala transaksi aliran masuk wang daripada dalam dan luar negara, Kemudian, najib umumkan 'rasionalisasi' subsidi., selepas itu GST. Teman yang laymen ini pun dah nampak game najib daripada awal-awal lagi, ini semua "austerity plan" IMF and world bank semacam greece, spain dan iceland.Teman pelik, kenapa Tun tak nampak sebelum ni?kenapa dia beri sokongan terhadap najib untuk jatuhkan pak lah?  Dan sebelum najib menjadi PM pun, dia aktif melobi TIA. Persoalannya,kenapa Tun biarkan najib jadi PM?
Dahulu, Anwar Ibrahim dijatuhkan kerana isu beliau rapat dengan IMF dan ingin menjadi pelobi IMF dalam dasar kewangan negara.Kenapa Tun tak boleh nampak game najib? kalau dipikirkan apa perlu dibuat dengan keadaan sekarang,dengan hilangnya duit, dengan tanggungan hutang kerajaan terhadap rakyat, dengan kuasa yang ada pada pemerintah,rakyat tak terdaya uyntuk berbuat apa-apa. dengan asakan kos hidup, dengan tekanan daripada penguasa, dengan masalah-masalah sosial yang timbul, apa yang rakyat boleh buat. Jadinya, pada pendapat teman, by hook or by crook Tun kena perbetulkan keadaan sementara nyawa beliau dikandung badan.

No comments:

Post a Comment